Jom kita lihat bagaimana pemimpin2 Negeri Sabah dijatuhkan oleh Malaya melalui pendekatan mempergunakan KUASA dan DUIT sebagai UMPAN untuk memancing pemimpin Sabah sebagai alat.
Tun Mustapha – USNO
Beliau merupakan seorang Ketua Menteri yang terkenal dengan ketegasannya. Wlupun beliau bersama dengan Tun Fuad Stephen mewakili Sabah dalam rundingan pembentukan Malaysia, hak2 Sabah tetap dipertahankan.
Tengku Razaleigh sendiri mengakui betapa Tun Mustapha menghalau beliau balik ke Malaya kerana enggan berunding tentang Royalti Minyak selepas Malaya mengubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dibantah oleh Tun Mustapha.
Tengku Razaleigh sendiri mengakui bahawa Parti BERJAYA ditubuhkan oleh Malaya dan Tun Fuad dipujuk untuk menjadi Ketua sekaligus membolehkan Tun Mustapha dan USNO dijatuhkan melalui propaganda PTI, Anti Kristian dan macam2 lagi.
Tun Fuad Stephen – BERJAYA
Tun Fuad merupakan seorang pemimpin Kadazan yang telah banyak membawa perubahan kepada negeri Sabah dengan bantuan Malaya.
Malangnya, Tun Fuad terkorban dalam trajedi Double Six selepas beliau membantah pemberian royalti minyak sebanyak 5% kepada Sabah.
Tun Fuad juga membantah beberapa dasar yang cuba Malaya lakukan terhadap Sabah kerana beliau tahu, perubahan tersebut akan merugikan Sabah.
Selepas trajedi yang penuh misteri itu, TS Harris Salleh yg diangkat menjadi KM telah bersetuju dengan pemberian 5% dan menandatangi perjanjian tersebut.
Tidak cukup itu, Status Sabah dan Sarawak juga diturunkan daripada Wilayah kepada Negeri tanpa melalui DUN Sabah. Nama ketua negeri Sabah juga dipinda daripada Tuan Yang Dipertua Negara atau Governor kepada Tuan Yang Dipertua Negeri.
Sabah juga menyaksikan Pulau Labuan diserahkan kepada Malaya pada tahun 1984 yang sekaligus menyemarakan kemarahan rakyat terhadap TS Harris.
Orang kuat Harris, TS Joseph Pairin Kitingan keluar daripada BERAYA dan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalahkan BERJAYA pada tahun 1985.
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan – PBS
Pairin yang merupakan anggota kabinet dalam BERJAYA lantang menentang Harris telah berjaya menumbangkan BERJAYA pada 1985 dengan bantuan USNO.
Walau bagaimanapun, kemenangan PBS yang berpunca daripada kebangkitan rakyat Sabah menentang kerakusan Harris tidak disenangi oleh Malaya. USNO dipergunakan pulak untuk menjatuhkan PBS namun tidak berhasil.
PBS menang besar pada PRN 1986 tapi menyertai Barisan Nasional (BN) selepas menubuhkan kerajaan. PBS keluar BN pada PRU 1990 dan menang 2/3 DUN Sabah. Alasan PBS bahawa Malaya tidak memberi layanan yang sepatutnya telah diterima oleh rakyat Sabah.
Selepas Pairin enggan bekerjasama dengan Malaya, akhirnya USNO dibubarkan untuk membolehkan UMNO masuk ke Sabah. PBS menang PRU 1994 tapi hanya mampu bertahan selama 2 minggu selepas The late Dtk Lajim Ukin dan Rubin Balang bertindak keluar PBS dan menyertai UMNO.
PBS hampir berkubur selepas beberapa pemimpin parti keluar untuk menubuhkan parti mereka sendiri. Di kala PBS masih dapat bertahan dengan menyertai semula BN, UMNO terus menguasai Sabah sehingga dijatuhkan pada 2018.
DS Shafie Apdal – Parti Warisan
Beliau merupakan bekas Naib Presiden UMNO yang lantang menentang skandal 1MDB Najib Razak. Shafie keluar daripada UMNO dan menubuhkan Warisan pada 2016 dan lantang memperjuangkan MA63.
Kebangkitan rakyat Sabah menentang UMNO pimpinan Musa Aman begitu ketara selari dengan momentum penentangan terhadap BN di Semenanjung yang memuncak akibat skandal rasuah pemimpin2 UMNO terutama Najib.
Shafie berjaya menjadi KM Sabah pada 12 Mei 2018. Selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya PH Plus di Malaya pada hujung Februari 2020, Shafie terus ditekan agar menjadi sekutu kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Keenganan Shafie tunduk kepada mereka selain menjalankan pentadbiran mengikut acuan rakyat Sabah sendiri berdasarkan MA63 telah merisaukan Malaya. Cytro2 upahan dikerah untuk buat kempen besar2 burukkan Shafie di Media Social dan di kwsn pedalaman.
Musa Aman yang berhadapan dengan 46 kes tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dibebaskan untuk menjatuhkan Shafie selepas pelbagai cara Malaya telah menemui jalan buntu.
Musa berjaya membeli dan memeras ugut 16 katak menyertai 17 ADUN pembangkang ketika itu utk merampas kuasa. Belum sempat SD diserahkan kepada TYT, Shafie telah menasihatkan TYT utk membubarkan DUN Sabah dan mandat dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Risau dengan sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus, Malaya telah membantu penubuhan GRS dan memastikan 6 parti politik bernaung dlm GRS dan berkerjasama dengan 3 lagi parti diluar yang bertindak sebagai optional choice kepada pengundi di kwsn2 tertentu dalam strategi Pecah dan Perintah.
Semasa kempen, dianggarkan seramai 5 ribu jentera PN dan BN dari Malaya telah dikerah ke Sabah membantu GRS. Selain itu, pengundi2 turut mengesahkan, banyak duit telah dihambur oleh GRS terutama di kwsn Pedalaman.
Akhirnya Sabah kembali jatuh ke dalam genggaman parti dari Malaya iaitu UMNO dan PPBM. Satu lagi pemimpin yang berjuang berlandaskan MA63 dan berhabisan mempertahankan hak rakyat Sabah telah berjaya digulingkan.
Sampai bila rakyat Sabah rela diperbodohkan oleh kuasa dari Malaya?
Taken from: https://www.facebook.com/594959566/posts/10157035409299567/?d=n