30
Nov
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Selasa mempersoalkan peruntukan kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM1.22 trilion untuk menghadapi wabak COVID-19 dan mengharungi kemelesetan ekonomi dalam tempoh 23 bulan sejak pandemik melanda negara.
Jelas Ahli Parlimen Semporna itu, peruntukan tersebut termasuk melibatkan RM322.5 bilion bagi Bajet 2022, yang disifatkan sangat besar bagi tempoh tidak sampai dua tahun, selain tidak mencerminkan hasil baik kepada negara.
Membandingkan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura yang turut menghadapi pandemik COVID-19, Mohd Shafie berkata negara itu tidak mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara mereka.

Leave A Comment